Kestabilan penting tarik keyakinan pelabur – Ka Siong

0
3

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menekankan bahawa kestabilan penting dalam sesebuah kerajaan negeri termasuk negara bagi menarik keyakinan pelabur sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri Pengangkutan itu berkata, ini terbukti apabila kerajaan Johor di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya mencatatkan pelaburan tertinggi dalam negara bagi tempoh separuh tahun pertama 2022 sekali gus melonjak tangga teratas dalam negara.

“Tahniah kepada kerajaan negeri Johor di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kejayaan mencatat pelaburan tertinggi dalam negara iaitu RM60.9 billion bagi separuh tahun pertama 2022, peningkatan 822 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Selepas Barisan Nasional memenangi PRN Johor dengan majoriti besar, kerajaan negeri menjadi stabil dan membolehkan tumpuan diberikan sepenuhnya untuk memakmurkan negeri.

“Buktinya, hanya dalam tempoh singkat, pelaburan negeri Johor yang menduduki tangga ke enam sebelum ini melonjak ke tangga teratas dalam negara.

“Inilah pentingnya kestabilan, pelabur akan berpusu-pusu melabur kerana yakin dengan sesebuah negeri atau negara, sekaligus memberi manfaat kepada rakyat,” katanya menerusi Facebook. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here