Mini makmal dadah dalam hutan diserbu

0
2

POLIS berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah pondok di kawsan hutan di Segambut, pada 31 Ogos lalu dan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM220,950.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata dalam serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul pada jam 2.30 pagi itu, tiga lelaki tempatan berusia 32 hingga 51 turut berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan telah merampas pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat ketamin seberat 3,631 gram, kafien (14,136 gram), heroin (111 gram) dan methamphetamine (0.13 gram).

“Turut dirampas pelbagai jenis bahan kimia dalam bentuk cecair dan serbuk serta peralatan memproses dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Beliau berkata, lain-lain rampasan adalah tiga kenderaan iaitu Nisan X-trail, Honda Accord dan motosikal Honda RS 150, selain satu jam tangan berjenama Armani Exchange, rantai leher dan cincin

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing ketiga-tiga suspek didapati positif methamphetamine dan kesemuanya juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya, semua dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 8,939 penagih dan kegiatan itu dipercayai sudah dijalankan sejak awal tahun ini.

“Hasil siasatan mendapati suspek mempelajari cara untuk memproses dadah melalui rakannya ketika berada di dalam penjara dan berdasarkan bahan kimia yang dirampas, kita percaya kebanyakan dadah yang diproses adalah heroin sebelum dijual kepada kenalan di sekitar Lembah Klang.

“Kami masih menyiasat dari mana sindiket ini memperoleh bekalan bahan kimia serta dadah berkenaan, selain mengenal pasti saki-baki kumpulan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 7 Ogos ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here