SEORANG pemimpin Umno mempersoal pendirian pemimpin PAS yang tidak mahu menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun kini berada dalam gabungan itu.
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata jika PAS tidak sendiri tidak yakin, bagaimana pula ia dapatkan meyakinkan rakyat untuk menyokong PN.
“Kenapa PAS mahu guna logo sendiri?
“Pastinya kerana PAS sendiri tidak yakin. Maknanya kalau PAS pun tidak berkeyakinan bagaimana mahu yakinkan rakyat?,” soalnya menerusi hantaran di Facebooknya.
Terdahulu hari ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ramai pengundi dan penyokong parti itu masih sukar menerima logo PN yang akan digunakan pada PRU15.
Katanya, perwakilan Pemuda PAS perlu mengusulkan penggunaan logo parti di peringkat muktamar supaya dipertimbangkan pucuk pimpinan parti di peringkat pusat.
Malah, katanya, warna biru yang digunakan PN seakan-akan warna BN.
Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa partinya secara dasarnya bersetuju untuk menggunakan lambang PN pada PRU15. – Malaysiapost

