PerantiSiswa Keluarga Malaysia mula diedar esok

0
2

PROGRAM PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, berkata pelancaran itu dijadualkan jam 2.30 petang dengan Peranti Siswa mula diedarkan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

“Insya-Allah esok Peranti Siswa mula diedarkan kepada para mahasiswa IPTA dan IPTS.

“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkannya pada jam 2.30 petang di UiTM Shah Alam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, setiap penerima bakal mendapat tablet Samsung model terkini, lengkap pelbagai aksesori.

“Setiap penerima bakal mendapat tablet Samsung model terkini, lengkap dengan ‘casing’, ‘keyboard’ dan ‘stylus pen’.

“Tahniah kepada yang terpilih,” katanya.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Belanjawan 2022 tahun lalu mengumumkan bahawa kerajaan menyediakan peruntukan RM450 juta bagi melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Program berkenaan dijayakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilihi yang turut menyumbang RM65 juta bagi program itu.

Seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini.

Program itu kini memasuki fasa kedua permohonan yang telah dibuka bermula 1 Ogos hingga 30 September ini dan permohonan boleh dibuat melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my/. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here