KPM perlu segera selesai isu bayaran elaun pengawas peperiksaan

0
2

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera berhubung isu perguruan yang banyak berbangkit, ketika ini.

Syed Saddiq berkata demikian susulan isu kelewatan bayaran elaun pengawas dan pemeriksa kertas jawapan peperiksaan yang dibangkitakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), semalam.

“Terlalu banyak isu aduan dan rungutan Minggu lepas tular dekat TikTok cikgu nak berhenti kerja sebab beban kerja banyak.

“Minggu ini, cikgu dibayar lewat elaun jadi pengawas dan pemeriksa jawapan untuk SPM, STPM & STAM. Sangat merisaukan,” katanya menerusi Facebook.

Syed Saddiq berkata, beliau bimbang sekiranya isu yang berbangkit itu tidak diatasi ia akan menghilangkan semangat dan motivasi untuk guru mendidik anak bangsa.

“Saya tahu cikgu-cikgu di Malaysia ini memang bersemangat bila mengajar. Tapi kalau dilayan macam ini, mereka pun hilang motivasi.

“Dengan beban yang banyak, ditambah pula dengan lambat bayar elaun. Dah dua bulan lewat bayar elaun cikgu-cikgu.

“Tolonglah hargai guru-guru kita, merekalah yang mencorak generasi masa hadapan kita. Saya mohon KPM bertindak cepat dengan isu-isu berkenaan dengan tenaga pengajar negara kita,” katanya.

Terdahulu, Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, kelewatan bayaran elaun pengawas dan pemeriksa kertas jawapan peperiksaan tidak sepatutnya berlaku dan menuntut masalah itu dapat diselesaikan segera.

Jelasnya lagi, kelewatan itu juga dibimbangi akan mengurangkan motivasi lebih ramai guru dalam menjalankan tugas itu.

Baru-baru ini, media melaporkan keluhan guru yang belum menerima elaun mengawas dan menanda kertas jawapan peperiksaan, selepas dua bulan keputusan SPM diumumkan pada 16 Jun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here