Umno tak mungkin berada dalam kerajaan tanpa Bersatu- Tuan Ibrahim

0
2

TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan Umno bahawa parti itu tidak mungkin berada dalam kerajaan jika tidak kerana Bersatu.

Katanya, pengorbanan Bersatu dan berberapa pemimpin lain yang bertindak keluar Pakatan Harapan (PH) perlu dihargai.

Oleh itu adalah tidak wajar untuk meninggalkan Bersatu selepas berjaya mencapai kemenangan.

“Kita tak boleh ketepikan rakan kita daripada Bersatu,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS di Alor Setar, Kedah, hari ini.

“Tanpa mereka (Bersatu), Umno pun tak mungkin berada dalam Kerajaan Persekutuan hari ini.

“Tak kan bila kita tiba-tiba menang jadi kerajaan kita nk ketepikan sahabat kita,” katanya lagi.

PAS sebelum ini merupakan rakan komponen dalam Muafakat Nasional (MN) bersama sekutunya Umno selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Bagaimanapun PAS memilih untuk bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) selepas menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat.

“Kita berkawan waktu susah dan senang, dalam situasi yang gawat atau situasi yang tenang.

“Muafakat politik bukan sesuatu yang sementara tetapi menentukan hala tuju negara ke mana sebenarnya negara hendak di bawa kemana rakyat nak dibawa,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata rundingan agihan kerusi antara parti komponen PN telah berjalan lancar dengan baik.

“Alhamdulillah ruang yang sangat mudah, perbincangan yang sangat baik dan muafakatnya sangat utuh
Kita yakin kita boleh selesai dalam dua tiga kali perundingan…soal (agihan) kerusi akan selesai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here