Khairuddin ungkit jasa Najib pada PAS

0
3

BEKAS pemimpin PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kesal kerana masih ada pemimpin dalam parti itu yang berseronok atas musibah menimpa Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, ia masih berlaku walaupun Mursyidul Aam PAS telah memberi garis panduan kepada ahli parti dalam isu mahkamah Najib.

“Saya rasa sahabat-sahabat saya dalam PAS perlu diperingatkan dengan jasa Najib memudahkan peruntukan untuk Kelantan sebelum 2018, sesuatu yang tidak berlaku di era Perdana Menteri sebelumnya.

“Jasa Najib juga menggerakkan RUU 355 yang dibentang oleh Tuan Guru Presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang) di Parlimen.

“Jasa Najib memberi ruang kepada PAS beraksi dalam program besar peringkat dunia melibatkan 200 ulamak besar dunia di Festival MyAqsa di Putrajaya sehingga Presiden boleh memberi ucaptama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Khairuddin, di Terengganu, laluan diberikan oleh kerajaan Umno Terengganu dengan arahan Najib untuk PAS melaksanakan program besar termasuk Himpunan FASTAQIM di Tok Jembal pada September 2017 yang menghimpunkan 300,000 ahli PAS seluruh Malaysia.

“Ketika beberapa pimpinan PAS secara peribadi berhadapan masalah kesihatan DS Najib juga secara peribadi membantu atas nama pemimpin negara.

“Saya menyebutkan perkara ini agar kita semua belajar erti bersimpati pada mereka yang diuji dengan musibah khususnya pada mereka yang ada sedikit kebaikan kerana kita diajar oleh al-Quran “jangan kamu lupakan kebaikan sesama kamu”,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here