‘Bajet 2023 akan jadi Belanjawan PRU15’ – Guan Eng

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=521091439387617&set=pb.100044602951844.-2207520000..&type=3

MEMBENTANGKAN Bajet 2023 awal semata-mata untuk tujuan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menafikan tujuan keseluruhan Belanjawan sebagai penyata dasar fiskal dan kewangan untuk tahun hadapan, kata Lim Guan Eng.

Justeru, beliau mendakwa Bajet 2023 bukan untuk membantu rakyat dan mengatasi masalah ekonomi negara tetapi belanjawan pilihan raya yang hanya menguntungkan pihak tertentu.

“Tetapi (ia akan menjadi) Belanjawan pilihan raya untuk menguntungkan kepentingan politik yang mementingkan diri parti pemerintah.

“Pada ketika setiap sumber, tenaga dan tumpuan harus ditujukan untuk menyelamatkan negara daripada krisis ekonomi sekarang, kerajaan mengorbankan tadbir urus yang baik demi kepentingan politik,” katanya menerusi Facebook.

Guan Eng berkata, pembentangan Belanjawan 2023 yang diawalkan tiga minggu pada 7 Oktober ini, membuktikan pilihan raya umum awal akan diadakan pada November ini.

“Jika pilihan raya awal boleh membantu menyelesaikan masalah ekonomi negara, maka pilihan raya sepatutnya diadakan setiap tahun.

“Jadi, membentangkan Belanjawan awal semata-mata untuk tujuan pilihan raya umum menafikan tujuan keseluruhan Belanjawan sebagai penyata dasar fiskal dan kewangan untuk tahun hadapan,” katanya.

Pada 26 Ogos lalu, media melaporkan, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata langkah mempercepatkan tarikh pembentangan bajet negara adalah perkara biasa.

“Perkara biasalah. Dulu zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pernah buat (bajet) bulan September,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here