Laporan penuh kematian Adib, Pulau Batu Puteh diketahui esok

0
2

LAPORAN penuh kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan diketahui esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, laporan penuh disediakan pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan dan kajian terhadap punca kematian Muhammad Adib.

Beliau berkata, kerajaan turut dijangka menerima laporan berhubung isu dan tindakan perundangan kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh pada hari sama.

“Esok saya dua mesyuarat. Pasukan petugas khas akan serah laporan itu (laporan Allahyarham Muhammad Adib, Pulau Batu Puteh) dalam mesyuarat berkenaan.

“Semalam, saya sudah bermesyuarat berhubung buku Tan Sri Tommy Thomas (bekas Peguam Negara) dan laporan mengenainya sudah diterima,” katanya dipetik BH, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan laporan penuh membabitkan siasatan kes Allahyarham Muhammad Adib, Pulau Batu Puteh dan Tommy Thomas akan diketahui menjelang hujung bulan ini.

Laporan itu susulan keputusan kerajaan menubuhkan tiga jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan dan kajian terhadap kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, semua laporan itu akan dibentangkan kepada Kabinet untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri, selepas itu Jemaah Menteri akan buat keputusan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here