Hakim Nazlan perlu disiasat segera demi jaga kepentingan awam

0
2

HAKIM Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali perlu disiasat kerana isu yang berkaitan dengannya dalam perbicaraan kes pendakwaan Datuk Seri Najib Razak telah menjadi isu kepentingan awam.

Bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mah Weng Kwai, berkata pendedahan hasil siasatan tersebut amat penting diketahui orang ramai sekali gus dapat memelihara kredibiliti Institusi Kehakiman yang hangat dipertikai ketika ini.

“Pendedahan berkenaan siasatan terhadap Hakim Nazlan sangat penting kerana ia membabitkan kepentingan awam dan juga nama baik kehakiman,” katanya dipetik Umno Online.

Weng Kwai yang juga bekas presiden Badan Peguam Malaysia berkata, orang ramai masih belum dimaklumkan sama ada terdapat wang sedemikian dalam akaun bank Nazlan, walaupun laporan polis telah difailkan pada Mac dan April lalu.

“Nazlan disiasat atas kapasiti diri sendiri berkemungkinan menerima sogokan berkaitan wang di dalam akaunnya sejumlah RM1 juta lebih.

“Nazlan juga disiasat adakah wang terbabit diterima ketika menjawat kerja di Maybank sebagai General Council dan tiada kaitan dengan jawatannya hari ini.

“Kedudukan keputusan kes Najib boleh dirombak jika didapati Nazlan sah terima sogokan atas kapasitinya pada jawatannya sebagai terbabit dalam komuniti meluluskan syarikat SRC,” katanya.

Pada Julai 2020, Mohd Nazlan menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman dan denda terhadap Najib.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata selepas meneliti bukti, hujahan dan rekod-rekod rayuan, adalah didapati petisyen rayuan Najib tidak mempunyai merit.

Tengku Maimun yang mengetuai barisan lima panel hakim memutuskan menolak permohonan rayuan Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi yang diputuskan pada 28 pada Julai 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here