SEBANYAK 2,191 kes baharu Covid-19 dengan dua kematian baharu direkodkan, semalam.
Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 2,491 kes kelmarin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat 4,738,119 kes, dengan melibatkan kes import sebanyak satu kes.
Bagaimanapun, tiada kematian berlaku di luar dalam fasiliti KKM atau brought-in-dead (BID) dilaporkan semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,198 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 32,901.
Seramai 31,527 individu atau 95.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,282 kes pula dirawat di hospital dan 73 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 48 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

