Ingatkan Umno sudah insaf – Radzi Jidin

0
2

NAIB Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin menyifatkan tindakan Umno mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menukar Peguam Negara membuktikan parti itu belum insaf. 

Beliau berkata, ucapan Datuk Seri Azalina Othman Said dalam program taklimat khas Umno semalam menunjukkan Umno tidak mengambil iktibar meskipun telah dihukum rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Kenyataan Datuk Seri Azalina, itulah kalau nak kenal, itulah Umno.

“Jadi kita ingat Umno ni dah insaf bila kalah dalam PRU-14 selepas beliau mendapat peluang ingatkan sudah insaf,” katanya kepada media selepas program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Radzi yang juga Menteri Kanan Pendidikan berkata, secara tidak langsung menunjukkan Umno akan mengambil pendekatan untuk buat sesuka hati sekiranya dapat menjadi kerajaan secara dominan.

“Jadi nak menjawab balik soalan itulah hakikatnya bahawa mereka ingin menunjukkan, Umno nak tunjukkan sudah jadi Perdana Menteri ambillah kuasa ini tukarlah siapa nak tukar. Itulah pendekatannya,” katanya. 

Dr Radzi menjelaskan, pendekatan Umno itu berbeza dan tidak berlaku ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara 17 bulan apabila penjawat awam dihormati tanggungjawab mereka tanpa sebarang gangguan.

“Dan pada waktu pemerintahan Perikatan Nasional selama hampir dua tahun, jika kita tanya pegawai-pegawai awam, kakitangan awam, pegawai-pegawai tinggi kerajaan boleh tanya, mana yang paling harmoni sekali dengan kakitangan awam.

“Yang menghormati tugas dan tanggungjawab kakitangan awam. Yang menghormati bidang kuasa kakitangan awam yang ingin melihat bahawa kakitangan awam ini dapat bergerak bersama-sama dengan kepimpinan kerajaan dengan begitu harmoni,” katanya. 

Semalam, Azalina yang juga Penasihat Undang-Undang kepada Perdana Menteri membangkitkan soal lantikan Peguam Negara yang secara lazimnya dilantik berdasarkan pemilihan Perdana Menteri yang berkuasa ketika itu. 

Azalina berkata, seorang Perdana akan melantik “orangnya sendiri” untuk menjadi Peguam Negara. 

“Di mana-mana negara, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri akan memilih orangnya sendiri untuk menjadi AG.

“Saya sudah menjadi ketua bahagian Umno lebih 20 tahun. Sudah tentu setiausaha bahagian adalah orang saya sendiri, begitu juga ketua penerangan kerana saya melantik mereka,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here