Wanita ‘perak’ sebak terima bantuan Ebit Lew

0
2

SEORANG penghibur jalanan berdekatan pusat membeli belah di Jakarta, Indonesia tidak dapat menahan sebak selepas dibantu pendakwah bebas, Ebit Lew yang ketika itu melalui kawasan tersebut.

Menerusi perkongsian Ebit di Facebook, wanita hamil itu mewarnakan seluruh badan dengan warna perak dan berdiri di tepi jalan meminta sumbangan orang ramai.

“Pernah ternampak kisah kakak ini. Semenjak Covid kehilangan kerja. Mula letak cat minyak di badannya dan berdiri tegak tepi jalan mencari rezeki. Beliau non muslim.

“Menangis demi menyara hidup, beli makanan, susu dan pampers anaknya. Ibu ini sedang mengandung . Saya terus berhentikan kereta. Tanya khabarnya. Sedih melihat keadaannya. Tak terfikir kuatnya seorang ibu demi anak sanggup berdiri begini sepanjang hari,” tulisnya dalam hantaran itu.

Ebit berkata, wanita itu seakan-akan tidak percaya diberi sumbangan wang ringgit sehingga bertanya mengenainya beberapa kali.

“Beri sedikit hadiah. Berulang kaki kakak ini tanya. Ini benar pak. Ini benar pak? Sampai kakak ini menangis. Tak dapat tahan rasa sedih. Saya tanya apa lagi saya boleh bantu. Katanya ini pun sudah banyak pak. Kenapa bapak baik membantu saya. 

“Saya bawa beli barang dapur dan susu anak-anak. Semoga Allah bantu dan mudahkan buat kakak ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here