Anak, peguam Najib berucap pada Taklimat Khas Presiden Umno

0
2

ANAK kepada Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah antara yang akan berucap pada majlis Taklimat Khas Presiden Umno, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika menyampaikan taklimat ringkas di hadapan ribuan ahli parti yang menghadiri majlis berkenaan di Dewan Merdeka, hari ini.

Majlis taklimat itu dihadiri semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lapor Berita Harian.

Turut hadir ialah isteri kepada Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mesyuarat Biro Politik Umno sebelum ini antara lain menetapkan fokus topik penting yang akan disentuh pada sesi Taklimat Khas Presiden itu.

Antaranya, kesiapsiagaan yang diperlukan untuk Umno mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serta penjelasan lanjut susulan keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib, yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Malaysiapost

Kredit Foto: UMNO Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here