Jalan TAR ditutup setiap Ahad 

0
2

JALAN Tunku Abdul Rahman (TAR) dari persimpangan Jalan Esfahan ke persimpangan Jalan Melayu akan ditutup pada setiap Ahad, bermula esok.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, penutupan itu dilaksanakan bagi menjadikan Jalan TAR sebagai salah satu lokasi bebas kenderaan.

“Selain, mewujudkan kawasan pejalan kaki di tengah pusat bandar sekali gus ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya rendah karbon.

“Penutupan akan dilaksanakan pada setiap Ahad dari jam 6 pagi hingga 12 malam. Sebagai langkah percubaan, penutupan jalan ini akan dimulakan pada 28 Ogos 2022 (esok),” menurut  kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pelbagai program pengisian turut dirancang untuk dilaksanakan sepanjang penutupan jalan tersebut termasuk persembahan muzik jalanan (buskers), serta persembahan seni kreatif, seni kraftangan dan sukan tradisional seperti dam haji.

“Lokasi sekitar Jalan TAR juga akan dihiasi dengan hiasan perabot jalanan dan fasiliti serta ruang untuk pengunjung bersantai, berehat dan mengambil gambar.

“Pengunjung yang ingin ke lokasi Jalan TAR dan sekitarnya adalah dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalulintas,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here