Caprice sokong KJ ‘halalkan’ ganja

0
2

PENYANYI rap Caprice akan menyokong dan mengundi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sekiranya penggunaan ganja bagi tujuan perubatan menjadi kenyataan di Malaysia. 

Menurutnya, dia akan menjadi orang pertama yang akan menyokong usaha Ahli Parlimen Rembau itu untuk menghalalkan penggunaan ganja di Malaysia 

“Disebabkan peningkatan tekanan dan kebimbangan pasca Covid-19, keadaan ekonomi yang kian teruk serta politik yang makin kecoh, Cap sokong YB KJ untuk menghalalkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

“Pasti Cap akan undi hang,” catatnya di Instagram miliknya. 

Caprice turut bergurau kekecohan yang sering berlaku di Dewan Rakyat pasti dapat diatasi jika setiap Ahli Parlimen mengamalkan penggunaan ganja. 

“Setiap Ahli Parlimen ambil satu dos setiap kali sebelum masuk dewan parlimen, pasti semua akan bekerjasama, tiada pergaduhan dan selesai setiap masalah yang ada di Malaysia,” catatnya. 

Terdahulu, Khairy baru-baru ini, sedang berada di Bangkok dalam siri lawatan kerja telah melawat Siam Cannabis Land yang terletak di Pattaya. 

Beliau memenuhi undangan daripada Timbalan Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnivarakul untuk meneroka potensi ganja dari sudut kesihatan.

Pada 9 Jun 2022, Thailand menjadi negara pertama di Asia dan ketiga di dunia yang membenarkan pengunaan ganja di negaranya selepas Kanada dan Uruguay. – Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here