Tekan PM: ‘Rakyat akan lindungi Tengku Maimun’ – Guan Eng

0
3

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat akan bangkit untuk melindungi Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sekiranya ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan.

Beliau berkata demikian merujuk laporan media berhubung sebuah artikel portal berita bertajuk ‘Kata dua Umno buat PM: Bubar Parlimen atau dipecat’ yang kononnya menekan Perdana Menteri memenuhi beberapa tuntutan Umno.

“Jika laporan ini benar bahawa Umno mengancam Ismail Sabri untuk memecat Ketua Hakim Negara Tengku Maimun, semua rakyat Malaysia di mana-mana pun akan melindungi Tengku Maimun sebagaimana kita melindungi Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan kononnya pemimpin Umno telah memberikan kata dua kepada Ismail Sabri untuk memenuhi beberapa tuntutan atau beliau akan dipecat sebagai naib presiden parti.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, Ismail Sabri telah diberitahu untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Tengku Maimun serta memohon pengampunan diraja untuk Datuk Seri Najib Razak dan menggesa pilihan raya umum ke-15 (PRU15) segera.

Namun, laporan berita itu dinafikan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Jelasnya, Umno tidak pernah memberi kata dua kepada Perdana Menteri, yakni bubar Parlimen atau dipecat daripada parti.

Beliau menegaskan, mesyuarat Biro Politik Umno pada malam Rabu lalu tidak membangkitkan soal kata dua kepada Perdana Menteri seperti dilaporkan media. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here