Filem Mat Kilau di Netflix bermula 16 September

0
2

BERITA baik buat peminat karya Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kerana filem epik sejarah itu bakal ditayangkan di platform Netflix bermula 16 September ini.

Berita tersebut diumumkan Netflix dalam sebuah video terbaharu di saluran YouTube.

Filem Mat Kilau yang mendapat sentuhan pengarah terkenal, Syamsul Yusof meraih kutipan kira-kira RM96 juta untuk tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kejayaan tersebut sekali gus menjadikan Mat Kilau filem tempatan paling berjaya di Malaysia dengan kutipan paling tinggi.

Bukan itu sahaja, satu lagi filem yang bakal muncul bulan September dan turut mendapat sambutan adalah Thai Cave Resque.

Filem tersebut diambil dari kisah sebenar tragedi sekumpulan pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua selepas gua tersebut dilanda banjir. Thai Cave Rescue boleh ditonton bermula 22 September 2022.

Antara filem dan siri terbaharu lain yang dilancarkan di laman penstriman Netflix bulan September ini adalah seperti Love In The Villa, Cobra Kai: Season 5, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan Blonde. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here