Keputusan kes Najib bukti badan Kehakiman berintegriti – MCW

0
2
Tinjauan Malaysiapost

PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) menyifatkan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah berintegriti tinggi dan membuktikan kebebasan Badan Kehakiman Negara masih unggul.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, tindakan tersebut dapat menolak tegas keraguan dalam kalangan rakyat tentang integriti Badan Kehakiman Negara.

“Saya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

“MCW yakin bahawa keputusan ini tidak terkhilaf, tepat berdasarkan fakta yang diteliti secara profesional dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau terkena panahan unsur-unsur politik tertentu yang boleh mencemarkan martabat Badan Kehakiman Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata, MCW mengucapkan syabas kepada panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat kerana tegas dalam membuat keputusan terhadap Najib yang pernah berjasa kepada negara dan ia bukan sesuatu yang mudah.

Katanya, sehubungan itu, MCW juga menggesa agar kes-kes berprofil tinggi lain yang melibatkan kepentingan awam juga diadili dengan sebaiknya.

“Pihak berwajib perlu menyegerakan semua kes salah guna kuasa dan rasuah sama ada di peringkat siasatan atau pendakwaan tanpa mengira latar belakang supaya tidak wujud persepsi tindakan pendakwaan berpilih.

“Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan pihak berwajib adalah bermula kecekapan menjalankan amanah dan pengadilan yang tidak berat sebelah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here