Kes SRC: Keadilan dilaksanakan tergesa-gesa – Mahdzir 

0
2

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan keputusan diterima Datuk Seri Najib Razak hari ini seperti keadilan dilaksanakan tergesa-gesa, yang akhirnya mengubur sebuah keadilan. 

“Saya secara peribadi merasa amat simpati terhadap Datuk Seri Najib Razak dan seluruh ahli keluarganya. 

“Sebagai rakan seperjuangan dalam Umno, apa sekalipun yang berlaku, jasa dan khidmat bakti beliau kepada Umno dan negara sebelum ini, sama sekali tidak boleh dinafikan. 

“‘Justice hurried is justice buried’ adalah satu frasa yang boleh kita hayati bersama dalam situasi ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan, pula berkata, jasa bekas Perdana Menteri itu terhadap dirinya tidak akan dilupai dan berharap  Najib dan keluarga terus tabah dan kuat menerima keputusan Mahkamah Persekutuan, hari ini. 

“Beliau anak Perdana Menteri, namun telah melantik saya, anak penoreh getah sebagai Timbalan Menteri sebelum ini dan tidak akan saya lupa. 

“Kes ini akan terus diulas. Rakyat juga sedang menghakimi. Diharap beliau dan keluarga terus tabah,” katanya. 

Sementara itu, beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno turut meluahkan rasa sedih.  

Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, beliau mendoakan Najib dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini. 

“Sangat sedih dengan keadaan ini. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada diri dan keluarga Datuk Seri Najib Razak. Apa pun dikata. Dia pernah berjasa,” katanya. 

Datuk Md Alwi Che Mat berkata, walaupun keputusan mahkamah sebaliknya, banyak jasa Najib patut dikenang dan dihargai. 

“Bukan pernah, banyak jasanya!! kita sangat hargai itu semua! semoga Allah bagi kekuatan kepadanya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here