Najib masih di mahkamah

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan masih lagi berada di dewan mahkamah.

Beliau dilihat sedang duduk di kandang tertuduh sambil ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa dan Norashman, lapor Utusan Online.

Turut hadir di dewan mahkamah sekarang ialah Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Rosmah dilihat mengesat matanya namun beliau ditenangkan oleh Najib yang senyum hambar.

Mahkamah kini sedang mengeluarkan waran pengkomitan bagi membolehkan Najib dibawa ke penjara.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan dibawa ke Penjara Satelit bagi penyaringan Covid-19 atau ke penjara. 

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke Najib  dalam kes SRC International.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah, – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here