Habis tu Zainab itu bini siapa? – Isham Jalil

0
2

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil menyarankan agar tindakan perundangan diambil dalam menentukan kebenaran mengenai dakwaan berhubung seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh, yang dikatakan terbabit dalam isu penyelewengan dana projek kapal tempur pesisir (LCS).

Menurutnya, ia susulan kenyataan dibuat oleh Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad yang menafikan wanita bernama Zainab itu adalah isterinya seperti didedahkan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, hari ini.

“Habis tu Zainab itu bini siapa? Maksudnya sama ada Rafizi menipu atau Latif menipu, ataupun kedua-duanya menipu. 

“Kamu dua orang saman lah sesama sendiri dan bawa pergi mahkamah tengok siapa betul. Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) ini memang macam inilah. Tembak sesama sendiri lepas itu salahkan orang lain. Drama PH/PN minggu ini. Buang masa betul,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu Abd Latiff yang juga pemimpin Bersatu dalam satu kenyataan menafikan pendedahan yang dibuat oleh Rafizi yang mendakwa beliau terbabit dalam skandal LCS dan menegaskan bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika perlu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Rafizi dalam pendedahannya mendakwa isteri kepada menteri dalam barisan Kabinet antara salah seorang pemilik syarikat yang didakwa menyeleweng dana projek LCS bernilai RM1.7 bilion.

Beliau berkata, semakan dengan pangkalan data Paradise Papers mengesahkan kewujudan syarikat Alizes Marine Limited dimiliki wanita bernama Zainab Mohd Salleh, iaitu isteri kedua kepada Abd Latiff. 

Menurutnya, semasa skandal itu berlaku, Abd Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing merupakan pemimpin Umno dan Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013, dan ketika itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here