BUAT pertama kalinya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengadakan sidang media perkembangan Covid-19 dari rumahnya.
Ini berbeza berbanding kelaziman sidang media yang diadakan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya sejak wabak Covid-19 melanda negara, Mac lalu.
Dr Noor Hisham terpaksa mengadakan sidang media di rumah memandangkan beliau kini menjalani kuarantin kendiri 14 hari.
Ketika memulakan sidang medianya, Dr Noor Hisham Abdullah beliau berada dalam keadaan sihat.
Dr Noor Hisham menjalani kuarantin kendiri beliau berada dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabtu lalu yang mana dihadiri individu positif Covid-19. – Malaysiapost

