691 kes hari ini, Malaysia catat rekod baharu

0
2

MALAYSIA mencatat rekod tertinggi harian Covid-19 apabila 691 kes baharu dilaporkan hari ini setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 394 kes dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara di Kedah yang meliputi 57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini.

Secara keseluruhannya, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 13,504 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 2,936kes,” katanya.

Menurutnya, kesemua kes positif dalam Kluster Tembok adalah kluster terasing di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

• Sabah: 219 kes

• 120 kes saringan bergejala yang melibatkan 117 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;

• 36 kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;

• 30 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 10 warganegara dan 20 bukan warganegara;

• 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ramai-Ramai yang melibatkan warganegara;

• Lima (5) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara;

• Lima (5) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara; dan

• Empat (4) kes saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara.

• Kedah: 397 kes

• 394 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 391 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara; dan

• Tiga (3) kes daripada Kluster Bah Sintok yang melibatkan warganegara.

• Selangor: 38 kes

• 17 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;

• 11 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; 

• Sembilan (9) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan lapan (8) warganegara dan satu (1) bukan warganegara; dan

• Satu (1) kes daripada Kluster Embun yang melibatkan warganegara.

• Perak:  Lapan (8) kes

• Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu yang melibatkan warganegara; dan

• Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

• Negeri Sembilan: Tujuh (7) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

• Johor: Enam (6) kes

• Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan

• Tiga (3) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.

• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Empat (4) kes

• Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;

• Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;

• Satu (1) kes saringan pra pembedahan yang melibatkan warganegara; dan

• Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara.

• Sarawak: Tiga (3) kes

• Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;

• Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Domestik pulang dari Semenanjung Malaysia yang melibatkan warganegara; dan

• Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara.

• Pulau Pinang: Tiga (3) kes

• Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;

• Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara; dan

• Satu (1) kes saringan kematian yang melibatkan warganegara.

• Terengganu: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

• Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripadaKluster Selasih yang melibatkan warganegara.

• Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.