SUAMI Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan dilaporkan meninggal dunia, hari ini.
Berita duka dimaklumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook sebentar tadi.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah kepada Datuk Zahida Zarik Khan, Ketua Puteri BN dan Umno, atas pemergian suami tercinta.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman di sisi Allah SWT. Al-Fatihah,” tulisnya. – Malaysiapost

