GARA-GARA salah faham berkenaan tarikh berlangsungnya konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish di Malaysia, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad kerugian RM2,540.
Nabil menyangka konsert Billie Eish akan diadakan selama dua hari berturut-turut di Stadium Bukit Jalil, namun malangnya ianya hanya berlangsung sehari iaitu semalam.
Menerusi perkongsian klip video di laman TikTok radio Era, Nabil terduduk bila menyedari sudah terlepas untuk menyaksikan konsert ‘Billie Eilish Happier Than Ever, The World Tour 2022’ bersama isteri dan anak-anaknya.
Difahamkan, Nabil sudah membeli lima keping tiket yang setiap satunya berharga RM508 untuk membawa isteri dan tiga anaknya ke konsert berkenaan.
Susulan itu, Nabil pantas menghubungi isterinya untuk memaklumkan mereka terlepas pandang pada tarikh konsert itu.
“Yang (panggilan isteri)! Billie Eilish tu semalam saja, mana ada hari ini. Awak tengok dekat tiket tu, 18 haribulan. Lailahaillallah.. Memang Allah tak izin, senang cerita,” katanya.
Klip Video berkenaan mencuri perhatian netizen yang rata-rata berpendapat mungkin Allah melindungi Nabil sekeluarga daripada hadir ke tempat hiburan serta melalaikan itu. -Malaysiapost




