Rayuan akhir Najib, keputusan hari ini?

0
4

“MAHKAMAH boleh terus buat keputusan (hari ini), tetapi saya harap mereka tidak buat begitu,” kata peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media situasi yang boleh berlaku pada prosiding hari ini sekiranya pihaknya masih enggan membuat hujahan, lapor Utusan Malaysia.

Semalam, pihak pembelaan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membuat sebarang hujahan dalam rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu yang mula didengar secara rasmi semalam.

‘Keengganan’ Hisyam untuk berbuat demikian boleh dianggap sebagai protes’ selepas permohonannya untuk menangguhkan kes itu ditolak oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Jangkaan bahawa mahkamah boleh membuat keputusan hari ini turut disahkan salah seorang ahli pihak pendakwaan namun memandangkan rayuan ini membabitkan kes jenyah, berkemungkinan panel tidak mengambil tindakan sedemikian.

“Panel perlu meneliti segala alasan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan sewaktu mengesahkan sabitan, hukuman dan penalti yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah boleh berbuat demikian (membuat keputusan terus) namun saya tidak fikir begitu. Mahkamah memerlukan masa sebelum berbuat demikian,” katanya.

Selain Hakim Tengku Maimun, panel turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here