Umno gesa SPRM perjelas status siasatan kes Hakim Mohd Nazlan

0
2

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung status siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata ini kerana SPRM dalam kenyataan rasmi bertarikh 21 Mei lalu mengesahkan siasatan mengenai kes itu telah selesai dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut pada 18 Mei.

“Malah, satu dokumen yang didakwa merupakan kertas siasatan tersebut dikatakan terbocor telah menjadi tular pada waktu ini.

“Kertas tersebut mendakwa ada berlakunya kesalahan di bawah Seksyen 220 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Ahmad berkata, SPRM perlu mengesahkan atau menafikan keabsahan kertas siasatan tular tersebut dan Jabatan Peguam Negara juga perlu mengumumkan sekiranya akan ada tindakan lanjut bagi kertas siasatan tersebut.

“(Ini) memandangkan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan bagi kes SRC telah menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti dokumen bagi memeriksa percanggahan kepentingan Mohd Nazlan.

“(Selain) kertas siasatan sudah berada di pihak Jabatan Peguam Negara sejak tiga bulan lalu.

“Integriti institusi yang kita hormati perlu dilindungi dan Umno amat berharap pihak SPRM dan pihak Jabatan Peguam Negara akan menjelaskan kepada rakyat mengenai isu ini dalam masa terdekat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here