Sarang sindiket pelacuran wanita Afrika diserbu

0
2

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah premis kediaman kondominium mewah di Cyberjaya, semalam yang menjadi sarang sindiket pelacuran warga benua Afrika.

Dalam serbuan jam 4 petang itu, seramai 10 wanita warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam pelacuran dan aktiviti tidak bermoral.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata serbuan itu dijalankan selepas mendapat maklumat daripada orang awam pada hari yang sama.

“Hasil pemeriksaan menemui tujuh wanita warganegara Tanzania dan tiga wanita warganegara Uganda yang berusia diantara 23 tahun hingga 37 tahun.

“Pasukan operasi merampas sembilan pasport, 13 telefon bimbit, satu kad akses, satu kad pelajar, empat set kondom dan sembilan buku nota yang merekodkan bukti langganan seks,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sembilan wanita warga asing itu masuk ke Malaysia secara sah sebagai pelancong dan seorang wanita masuk sebagai pelajar antarabangsa di sebuah pusat bahasa di ibu negara.

“Daripada semua tahanan ini, dua wanita masing-masing warganegara Tanzania dan Uganda telah dikenalpasti merupakan ‘Mummy’ iaitu orang tengah dalam aktiviti pelacuran ini.

“Sindiket ini menyasarkan pelanggan daripada kalangan pelajar antarabangsa dan lelaki benua Afrika terutamanya dari Nigeria dengan kadar bayaran RM200 hingga RM500 sekali langganan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Jabatan ini tidak menolak adanya sindiket pelacuran warganegara asing terutama di kalangan pelancong dan pelajar antarabangsa dari benua Afrika.

“Susulan daripada operasi ini, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan dalang sebenar di sebalik aktiviti pelacuran serta rangkaian sindiket ini.

“Orang ramai dipohon untuk terus bekerjasama dan menyalurkan aduan berkaitan aktiviti warga asing yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang negara supaya tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here